profile contact me pictures story follow

disclaimer
Assalamualaikum. Im Zaty Zahiruddin. I do love taking pictures and i loveeeee photography as well.

Arigatou
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Ciri-ciri patriotisme
5.14.2013 | 0 comments

Secara umumnya patriotisme bersifat motivasi, rasional, harapan dan pembaharuan semula,

kelangsungan hidup, rela berkorban, organisasi kesukarelaan, kenegaraan dan cinta negara. Maka,
dalam konteks negara Malaysia, patriotisme yang ingin diterapkan adalah mempunyai nilai-nilai
berikut:
1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia
- berakhlak dan berbudi pekerti mulia
- menghormati raja dan pemimpin negara
- menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara) 3
- menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
- menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
2. Bersemangat setia negara
- cintakan bangsa dan negara
- taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
- sedia berkorban untuk bangsa dan negara
- bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
- berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
- peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
3. Bersemangat kekitaan
- bersatupadu dan berharmoni
- bertolak ansur dan bertoleransi
- bekerjasama dan tolong-menolong
- hormat-menghormati
- bersefahaman dan bermuafakat
- muhibah
4. Berdisplin
- mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
- mematuhi peraturan dan undang-undang
- berkelakuan sopan dan bertatasusila
- bertanggungjawab
- bertindak dengan wajar
- bersifat amanah dan jujur
- berlaku adil dan bertimbang rasa
5. Berusaha dan produktif
- rajin dan gigih
- berdikari
- sentiasa mempertingkatkan usaha
- tabah menghadapi cabaran
- menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara



Jiwa Patriotisme
Patriotisme adalah jiwa seseorang yang mencintai atau membela tanah seorang pejuang sejati,dan suatu kerelaan untuk mengorbankan segala jiwa dan hartanya untuk kemajuan dan kejayaan bangsanya.
Ciri-ciri patriotisme, yaitu:
1. cinta tanah air;
2. menempatkan persatuan dan kesatuan bangsa dan negara di atas kepentingan kelompok danindividu;
3. tidak kenal menyerah;
4. rela berkorban untuk kepentingan bangsa dan negara.


Unsur-unsur Patriotisme

          Apabila memperkatakan tentang patriotisme ia merupakan satu perkara yang abstrak dan sukar untuk diukur serta dinilai tetapi sekiranya sesorang individu tersebut mempunyai ciri-ciri[36] yang dinyatakan maka ia bolehlah dikatakan  mempunyai semangat patriotisme. Walaupun semangat patriotisme tidak dapat diukur secara metrik namun melalui perbuatan serta tingkahlaku ia telah mencerminkan semangat patriotisme yang ada di dalam diri setiap individu.

a.       Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Patriotisme bukan sahaja dapat dipupuk dan ditanam di kalangan generasi muda hari ini tetapi kita dapat menzahirkan semangat itu dengan melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagaimana yang dikatakan patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak  dan hanya dapat dilihat melalui perlakuan, tingkahlaku atau perbuatan seseorang. Sebagai contoh kita boleh menunjukkan perlakuan menghormati raja dan pemimpin negara. Selain itu bagi menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia boleh ditunjukkan melalui cara menghormati lambang-lambang atau simbol-simbol negara seperti bendera negara atau negeri, jata negara, dan lagu kebangsaan atau negeri.

Bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara ia hendaklah dengan cara memberi kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini tentang peri pentingnya kemerdekaan. Mereka perlu didedahkan dengan sejarah, bagaimana sukarnya pemimpin-pemimpin ketika itu berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Melalui pembacaan penulisan sejarah tanah air kita dapat mengenal dan memahami perjuangan tokoh-tokoh negara ketika memperjuangkan kemerdekaan dan jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh tersebut perlulah dihargai. Ini kerana tanpa kesedaran serta perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat sudah tentulah generasi hari ini tidak dapat mengecapi erti nikmat kemerdekaan.
Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk melalui pengkisahan sejarah tokoh-tokoh patriot dan dapat dijadikan iktibar kepada generasi hari ini. Seharusnya kita berbangga dengan sumbangan para sejarawan dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh-tokoh tempatan walaupun pada awalnya dianggap oleh para orientalis Barat mereka ini diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan sejarah bercorak tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para pejuang yang terdahulu pada tempat yang sesuai. Sumbangan dan peranan para penulis tempatan ini amat besar ertinya kerana telah berani memperbetulkan fakta  bias yang dihasilkan oleh sejarawan atau penulis Barat

b.      Bersemangat Setia Negara
Kesetiaan terhadap negara merupakan satu ciri  penting di dalam memastikan kelahiran masyarakat Malaysia yang berjiwa patriotik. Setiap rakyat Malaysia harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Selepas mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja telah diteruskan tetapi beberapa pindaan telah dibuat supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen daan kemerdekaan. Raja berpelembagaan tidak seperti raja berkuasa mutlak iaitu memerintah dengan kuasa terbatas. Peranan dan fungsinya, sama ada sebagai ketua negara atau ketua negeri ditetapkan secara bertulis oleh perlembagaan. Meskipun kedudukan institusi raja pada hari ini berbeza daripada zaman kegemilangannya namun langkah menjaga dan memelihara daripada lenyapnya institusi yang agung ini harus dipuji. Yang Dipertuan Agung masih kekal kedudukannya sebagai ketua negara dan perlu dihormati sebagai simbol perpaduan rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa institusi raja amatlah penting terutamanya untuk maksud perpaduan negara, darjat negara sebagai sebuah negara merdeka dengan mempunyai sistem raja berpelembagaan. Demi kepentingan institusi raja, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk mendokong Perlembagaan Negara dan mendokong institusi raja mengikut lunas undang-undang. Sekalipun raja-raja Melayu selepas merdeka tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dan mereka hanya menjadi raja berperlembagaan tetapi mereka tetap diberi kedudukan yang cukup istimewa. Fasal (1) Perkara 32 memperuntukkan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga perbicaraan di mana-mana mahkamah. Imuniti di sisi undang-undang ini juga diberikan kepada sultan. Namun ini tidak bermakna bahawa raja bebas melakukan sesuka hati.

Bersemangat setia kepada negara bukanlah hanya mentaati sultan, raja atau pemimpin sebaliknya setiap warganegara Malaysia haruslah mempunyai satu semangat sedia mempertahankan negara daripada musuh atau anasir-anasir yang boleh mengugat kestabilan politik dan perpaduan masyarakatnya. Saranan Tun Dr. Mahathir agar rakyat bukan bumiputera turut serta dalam pasukan keselamatan adalah satu langkah bijak bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat di negara ini kerana sanggup berjuang mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Ini dapat menjelaskan lagi tugas dan peranan sebagai rakyat Malaysia seperti slogan ‘Negara Kita adalah Tanggungjawab Kita”.

c.       Bersemangat Kekitaan
Semanagat kekitaan bererti setiap warganegara Malaysia seharusnya memiliki semangat bekerjasama, semangat bantu-membantu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa agama mahupun keturunan atau semangat persaudaraan. Bersemangat kekitaan merupakan satu ciri yang ada pada dasarnya nampak mudah untuk dibentuk tetapi pada hakikatnya ciri inilah yang paling sukar dibentuk. Ini kerana ia melibatkan hubungan pelbagai hala di antara masyarakat. Jika sebelum ini ciri-ciri patriotisme digambarkan melalui hubungan individu dengan negara dan juga pemimpin tetapi semangat kekitaan melibatkan hubungan sesama masyarakat. Bagi menjamin stabiliti sesebuah negara keamanan dan kemajuan negara merupakan perkara yang penting. Lantaran itu, kehidupan masyarakat yang bersatu padu, harmoni, bertolak ansur, bekerjasama, bersefahaman dan bermuafakat merupakan asas kepada semangat kekitaan. Dasar kebudayaan Kebangsaan, Kempen Kejiranan dan Masyarakat Penyayang merupakan usaha-usaha murni yang perlu diberi perhatian dalam membentuk sebuah masyarakat yang unggul.

d.      Berdisiplin
Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme mestilah seorang yang berdisiplin. Ini membawa maksud setiap warganegara Malaysia perlu patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang mahupun perlembagaan negara. Seseorang warganegara yang bertanggungjawab sudah pastinya akan sentiasa patuh dan mengikut undang-undang dan perlembagaan negara. Kesediaan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang adalah amat penting kerana tanpa undang-undang negara akan berada di dalam keadaan kacau-bilau. Keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan proses pembentukan perpaduan di kalangan rakyat, dan ini boleh menjejaskan perancangan kerajaan untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Lantas semangat patriotisme yang diimpikan tidak akan tercapai kerana perpaduan rakyat tunjang lahirnya semangat cintakan negara. Dalam konteks membentuk perpaduan di kalangan rakyat perlu ada sifat-sifat seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Kepelbagaian kaum di Malaysia menuntut kesemua rakyatnya memahami tuntutan setiap kaum dari aspek agama, budaya dan bahasa yang berbeza melalui perlakuan tingkahlaku dan juga pertuturan. Menyedari kepada wujudnya perbezaan ini maka setiap warganegara perlulah patuh kepada undang-undang dan perlembagaan dan setiap warganegara tidak akan menerima keistimewaan dari segi perundangan sekiranya melakukan kesalahan.

e.       Berusaha dan Produktif
Wawasan 2020 berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah neagra perindustrian yang setanding dengan negara maju di dunia. Untuk mencapai ke tahap negara maju menjelang tahun 2020 rakyat Malaysia perlulah rajin berusaha, mengamalkan sikap suka berdikari, berdaya saing, tabah, proaktif dan produktif. Untuk mempercepatkan proses ini, Malaysia memerlukan warganegara yang berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran, bermaruah,  sanggup berkorban, melakukan anjakan paradigama terhadap sikap dan nilai daripada hanya mengharapkan bantuan atau sokongan daripada pihak kerajaan. Sebaliknya warganegara Malaysia perlu mengamalkan sikap-sikap positif dan inovatif dalam melahirkan sesuatu yang baru melalui proses R&D dan penggunaan kemudahan ICT yang canggih. Justeru itu, sekiranya wujud perasaaan patriotisme yang jitu di kalangan rakyat Malaysia memudahkan pihak kerajaan mengatur rancangan ke arah membangunkan dan memajukan negara seiring dengan pencapaian negara-negara maju.

Tun Dr. Mahathir sering mengingatkan rakyat Malaysia agar  sentiasa bekerja kuat demi untuk memartabatkan maruah negara:

“Mereka dari negara maju sudah mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai pendapat yang bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding dengan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka, bahawa walaupun negara telah dibebaskan, fikiran kita masih dijajah. Bilakah kita akan sedar bahawa masa depan kita bergantung kepada kesanggupan kita bekerja dan bekerja dengan rajin, buka sebagai hamba kepada upahan tetapi kerana tanggungjawab dan kesayangan kepada kebebasan dan maruah kita.”[41]

f.       Berilmu / Peka terhadap isu-isu dalam dan luar negeri
Untuk menjadi satu bangsa yang kuat dan disegani, masyarakat Malaysia hendaklah memiliki ilmu dalam segala bidang. Malah faktor penentu kejayaan kita ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 ialah penguasaan ilmu. Justeru sebagai seorang warganegara yang patriotik seharusnya kita menjadi seorang yang berilmu pengetahuan, pekerja yang berilmu dan kewujudan budaya ilmu dalam masyarakat. Peranan yang dimainkan oleh masyarakat Malaysia bukan hanya sebagai penerima atau pengguna ilmu dari luar tetapi dalam waktu yang sama juga menjadi penyumbang kepada perbendaharaan ilmu dunia. Perkara ini ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir dalam ucapan beliau:

“Justeru itu, penguasaan ilmu sains dan teknologi dan pemerolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripada mereka yang secara membuta tuli menyerang musuh dan mengundang malapetaka kepada umat Islam yang lain.”[42]

Menuntut ilmu bagi tujuan mengukuhkan ummah adalah suatu jihad. Tanpa ilmu pengetahuan, masyarakat Malaysia tidak akan dapat mempertahankan diri dari pencerobohan musuh. Tanpa ilmu pengetahuan, pemimpin negara tidak akan dapat menguruskan negara dengan baik. Malah agama Islam memandang tinggi kedudukan orang yang berilmu seperti dalam surah al-Mujahadah ayat 11: “Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan diberikan ilmu di kalangan kamu[43]

Kepentingan untuk menambah  atau meningkatkan ilmu pengetahuan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu pernah ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di mana berliau berkata “Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing.”

 Selari dengan semangat sayang dan cintakan negara setiap rakyat Malaysia mestilah mempunyai rasa ingin tahu terhadap isu-isu yang berlaku di dalam atau di luar negeri. Tahap kepekaan yang tinggi sudah tentu dapat menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku sama ada di dalam atau di luar negara. Sebagai contoh kekejaman dan serangan tentera Israel ke atas Lubnan yang telah mengorban ratusan nyawa yang tidak berdosa telah menuntut negara-negara Islam di seluruh dunia mengutuk kekejaman tentera zionis itu. Perasaan simpati dan sedih terhadap mangsa peperangan yang entah bila selesainya itu dapat dijadikan iktibar bahawa setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan warna kulit mesti mempunyai kewajipan untuk mempertahankan negara daripada ancaman pihak yang tidak bertangungjawab.


Dalam nota oren. Patriotisme.

- cinta akan negara 
-setia kepada negara 
-menjaga nama baik negara
-sanggup berkorban untuk negara
-berani berjuang
-bersemangat kental
-sanggup mempertahankan maruah negara
-bijak merancang strategi sebelum bertindak
-mengekalkan kedaulatan negara
-sepakat dalam perjuangan
-ketabahan menghadapi cabaran
-mempertahankan hak bangsa
-bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia
-berbangga sebagai rakyat Malaysia
-berbangga dengan aset negara
-berpegang teguh kepada nilai sejagat
-menyokong perubahan yang membawa kebaikan
-menghormati keluhuran perlembagaan
-menghormati kedaulatan undang2
-mematuhi peraturan
-bangga kejayaan Malaysia di peringkat dunia
-bangga dgn keunikan ngara
-bangga sbg rakyat M'sia
-bangga dgn kepelbagaian bhsa dan budaya
-menyanjung warisan bangsa
-memartabatkan bhsa kebangsaan
-bersemangat kekitaan
-mghormati lmbg2 negara
-kekayaan negara dinikmati bersama
-mghargai pjuangan tokoh tanah air
-mghormati raja dan pemimpin ngara
-sedia berubah ke arah kemajuan
-tolak ansur dalam menghadapi konflik
-menyokong dasar2 kerajaan -menolak amalam rasuah


Sumber: http://www.scribd.com/doc/55152479/ciri-ciri-patriotisme

http://repo.uum.edu.my/1866/1/35.pdf
http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html


FUTURE
PAST